Penyu merupakan
sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki
pendayung di hadapan.Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di
daratan.Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi
keempat-empat kakinya. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang
belakang), kelas reptilia sama
dengan ular, cicak, rama-rama, labi-labi dan tuntung.
Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang),
bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu
persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud
semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman
dengan dinosaur.
Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys,
berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam
dan berada dalam air untuk
tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan
paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan
disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang
hayat mereka. Di Malaysia, Rantau Abang,
Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat
untuk bertelur.
Terdapat beberapa jenis
penyu di negara kita.Antara spesies yang terdapat adalah seperti yang berikut.
Penyu
Belimbing
Leatherback
Turtle (Dermochelys Coriace)
Penyu Belimbing ialah
spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia.
Kini spesis penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang
tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan
mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke
ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg.
Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan
berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah
dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna
badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya
yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan
makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu
masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama
penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan
terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit
lembik dengan ukuran garis pusat 5 – 6.5 sm.
Penyu
Agar
Green
Turtle (Chelonia Mydas)
Penyu Agar juga dikenali
sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang
berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau
kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat
badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan
rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan
100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu,
Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna
putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.
Penyu
Karah / Sisik
Hawksbill
Turtle (Eretmochelys Imbricata)
Penyu ini juga dikenali
sebagai penyu sisik.Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti
sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana
dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75
kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah
span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu
ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah
Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di
negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah
berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang
5.0 sm.
Penyu
Lipas
Olive
Ridley Turtle (Lepidochelys Olivecia)
Penyu lipas adalah penyu yang
terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh
membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg.
Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya
berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim
bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap
kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergaris
pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan
Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di
pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.
No comments:
Post a Comment