Sunday, 5 April 2015

Peringkat jagaan Penyu

Mari kita ketahui serba sedikit informasi yang saya dapat dari orang sumber yang saya temuramah dan hasil daripada maklumat yang terdapat dari galeri pameran itu.

Proses Penetasan
                    Tempat penetasan ini tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Biasanya setiap sarang mengandungi 8-120 biji telur, bergantung kepada spesies. Saiz telur yang membezakan spesies penyu tetapi penyu Lipas dan Karah mempunyai saiz telur yang sama. Telur penyu yang baru menetas tidak dapat dibezakan antara yang tersenyawa atau tidak kecuali selepas beberapa hari dieramkan. Telur penyu yang dipindahkan dari sarang asal perlu ditanam semula dalam masa tiga jam bagi memastikan embrio masih hidup.
                    Saiz sarang penyu yang diram perlu mengikut saiz sarang asal kerana ia berbeza mengikut spesies dan tempat. Jika telur terendam dalam air lebih daripada 1 jam semasa pengeraman iz akan rosak dan tidak menetas, begitu juga jika suhu melebihi 34 darjah celcius. Telur penyu akan mengambil masa di antara 50-70 hari untuk menetas, bergantung kepada spesies. Kebiasaannya permukaan pasir di mana sarang berasa akan mula lekuk apabila penyu menetas dan keluar dari kulitnya. Anak-anak penyu mengambil 2-3 hari untuk keluar ke permukaan pasir pada waktu malam secara berkumpulan.

Tangki Asuhan Anak Penyu
                    Tangki asuhan anak penyu ini juga tidak boleh membenarkan pelawat masuk. Jika ada kebenaran sahaja kita boleh masuk. Kebanyakan anak penyu mudah dibezakan mengikut spesis tetapi penyu jenis Lipas dan Agar mempunyai warna kulit yang berbeza dengan ibunya. Jantina anak penyu ditentukan oleh suhu semasa proses pengeraman. Suhu panas lebih banyak menghasilkan betina dan sebaliknya.Ia mengenali laut berdasarkan cahaya kaki langit dan sebarang kehadiran cahaya lain akan mengelirukan anak penyu. Dipercayai semasa ia merangkak ke laut, ia akan mengesan ‘imprint’ tempat berkenaan untuk ia kembali semula apabila dewasa.
                    Apabila ke laut, anak penyu akan berenang 2-5 hari tanpa henti dan makan, di mana tenaga diperolehi daripasa sisa telur kuning yang tersimpan di dalam badannya. Musuh utama anak penyu adalah ketam, biawak, burung helang, ikan pemangsa dan juga peralatan menangkap ikan. Mengikut pakar, daripada 1000 anak penyu yang dilepaskan, hanya 1 ekor yang akan menjadi dewasa selepas 30-50 tahun.

Penyu Dewasa & Tuntung Laut
                    Tuntung laut merupakan spesies  yang hidup di muara sungai air tawar. Ianya akan berenang ke pantai untuk bertelur ketika air sut di waktu malam. Tuntung ini bersaiz kecil dengan panjang di antara 40cm-60cm. Makanannya adalah tumbuhan yang terpat disekitar habitatnya.Tuntung akan bertelur di mana kedalaman lubang yang digalinya itu tidak sedalam lubang telur penyu iaitu diantara 10cm-20cm. Telurnya berbentuk bujur dan bertanda putih. Ia mengambil masa yang lama untuk menetas iaitu sekitar 70-90 hari. Bilangan telur di setiap sarang adalah kecil iaitu 6-15 biji sahaja.

                    Penyu dewasa adalah seperti yang kita sudah ketahui sekian lama.Ianya telah ditempatkan di 2 kolam yang berasingan mengikut spesisnya.

No comments:

Post a Comment