Sunday, 5 April 2015

Sebenarnye Penyu ni ade berape jenis ehh?

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan.Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan.Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, rama-rama, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.
Terdapat beberapa jenis penyu di negara kita.Antara spesies yang terdapat adalah seperti yang berikut.

Penyu Belimbing
Leatherback Turtle (Dermochelys Coriace)
Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesis penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat 5 – 6.5 sm.

Penyu Agar
Green Turtle (Chelonia Mydas)

Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik
Hawksbill Turtle (Eretmochelys Imbricata)
Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik.Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.



Penyu Lipas
Olive Ridley Turtle (Lepidochelys Olivecia)

Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Peringkat jagaan Penyu

Mari kita ketahui serba sedikit informasi yang saya dapat dari orang sumber yang saya temuramah dan hasil daripada maklumat yang terdapat dari galeri pameran itu.

Proses Penetasan
                    Tempat penetasan ini tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Biasanya setiap sarang mengandungi 8-120 biji telur, bergantung kepada spesies. Saiz telur yang membezakan spesies penyu tetapi penyu Lipas dan Karah mempunyai saiz telur yang sama. Telur penyu yang baru menetas tidak dapat dibezakan antara yang tersenyawa atau tidak kecuali selepas beberapa hari dieramkan. Telur penyu yang dipindahkan dari sarang asal perlu ditanam semula dalam masa tiga jam bagi memastikan embrio masih hidup.
                    Saiz sarang penyu yang diram perlu mengikut saiz sarang asal kerana ia berbeza mengikut spesies dan tempat. Jika telur terendam dalam air lebih daripada 1 jam semasa pengeraman iz akan rosak dan tidak menetas, begitu juga jika suhu melebihi 34 darjah celcius. Telur penyu akan mengambil masa di antara 50-70 hari untuk menetas, bergantung kepada spesies. Kebiasaannya permukaan pasir di mana sarang berasa akan mula lekuk apabila penyu menetas dan keluar dari kulitnya. Anak-anak penyu mengambil 2-3 hari untuk keluar ke permukaan pasir pada waktu malam secara berkumpulan.

Tangki Asuhan Anak Penyu
                    Tangki asuhan anak penyu ini juga tidak boleh membenarkan pelawat masuk. Jika ada kebenaran sahaja kita boleh masuk. Kebanyakan anak penyu mudah dibezakan mengikut spesis tetapi penyu jenis Lipas dan Agar mempunyai warna kulit yang berbeza dengan ibunya. Jantina anak penyu ditentukan oleh suhu semasa proses pengeraman. Suhu panas lebih banyak menghasilkan betina dan sebaliknya.Ia mengenali laut berdasarkan cahaya kaki langit dan sebarang kehadiran cahaya lain akan mengelirukan anak penyu. Dipercayai semasa ia merangkak ke laut, ia akan mengesan ‘imprint’ tempat berkenaan untuk ia kembali semula apabila dewasa.
                    Apabila ke laut, anak penyu akan berenang 2-5 hari tanpa henti dan makan, di mana tenaga diperolehi daripasa sisa telur kuning yang tersimpan di dalam badannya. Musuh utama anak penyu adalah ketam, biawak, burung helang, ikan pemangsa dan juga peralatan menangkap ikan. Mengikut pakar, daripada 1000 anak penyu yang dilepaskan, hanya 1 ekor yang akan menjadi dewasa selepas 30-50 tahun.

Penyu Dewasa & Tuntung Laut
                    Tuntung laut merupakan spesies  yang hidup di muara sungai air tawar. Ianya akan berenang ke pantai untuk bertelur ketika air sut di waktu malam. Tuntung ini bersaiz kecil dengan panjang di antara 40cm-60cm. Makanannya adalah tumbuhan yang terpat disekitar habitatnya.Tuntung akan bertelur di mana kedalaman lubang yang digalinya itu tidak sedalam lubang telur penyu iaitu diantara 10cm-20cm. Telurnya berbentuk bujur dan bertanda putih. Ia mengambil masa yang lama untuk menetas iaitu sekitar 70-90 hari. Bilangan telur di setiap sarang adalah kecil iaitu 6-15 biji sahaja.

                    Penyu dewasa adalah seperti yang kita sudah ketahui sekian lama.Ianya telah ditempatkan di 2 kolam yang berasingan mengikut spesisnya.

Selain Perak, mane lagi tempat pengurusan penyu ni?

Di Malaysia sudah mempunyai undang-undang untuk melindungi penyu.Iaitu di negeri Perak, Terengganu, Sabah, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Pahang, manakala Perlis dan Selangor tidak mempunyai apa-apa lagi. Undang-undang ini menyekat nelayan daripada menggunakan jaring yang boleh memerangkap penyu, dan orang awam daripada mengumpul telur spesis penyu tertentu. Malangnya, sekatan ini sering tidak dipatuhi. Hal ini merupakan faktor utama penyu dilindungi. Hanya pembangunan rendah utama dibenarkan supaya penyu boleh mendarat. Santuari penyu yang terletak di negeri-negeri ini adalah:
·         Taman Laut Pulau Penyu di Sabah
·         Rantau Abang, Terengganu,
·         Cherating, Pahang,
·         Segari Perak,
·         Mak Kepit dan Mak Simpan, Pulau Redang, Terengganu
·         Cagar Hutang, Pulau Redang, Terengganu
·         Pengkalan Balak, Melaka.
·         Pantai Kerachut, Pulau Pinang
·         Juara, Pulau Tioman, Pahang
·         Pulau Tinggi, Johor

                    Mari kita lihat apa yang terdapat di Pusat Pengurusan Penyu, Segari, Perak. Tempat ini dibina pada sekitar tahun 1990 diatas tanah seluas 0.1 hektar. Kajian kesesuaian tempat ini bermula pada tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF.Terdapat dua jenis penyu yang sering mendarat di sini iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas. Ianya akan mendarat pada bulan Mac hingga Julai.
                    Kini pada tahun 2015, sewaktu saya melawat ke tempat ini saya mendapati kawasan ini telah pun diluaskan. Kini ianya terletak di atas tapak seluas 2.4 hektar dan dilengkapi dengan galeri pameran serta kolam interpretasi untuk tatapan pelancong. Kemasukan ke tempat ini adalah percuma. Waktu melawat adalah tempat ini dibuka pada setiap hari iaitu 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga 5.00 petang. Manakala pada hari jumaat masanya agak berbeza iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.00 petang.Tempat ini juga masih diuruskan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.
                    Terdapat sebuah galeri pameran di sini. Informasi-informasi tentang pengurusan penyu di pusat ini boleh kita tahui terlebih dahulu jika kita memasuki n melawat galeri pameran ini. Saya mendapati terdapat beberapa rangka penyu yang diawet, cara-cara pengurusan penyu, faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan penyu, aktiviti yang dijalankan di pusat ini dan proses riwayat hidup penyu.
                    Setelah selesai membaca maklumat di galeri, kita boleh melawat tempat-tempat yang menarik lagi. Pertama sekali adalah tempat penetasan penyu di mana terdapat beberapa sangkar besi untuk proses penetasan penyu yang disediakan oleh pihak pengurusan. Kemudian, melawat ke tangki asuhan anak penyu. Di sini kita boleh melihat anak-anak penyu yang pelbagai peringkat iaitu dari baru menetas sehingga beberapa bulan.Ianya diasingkan ikut umurnya. Dan ada juga penyu yang mempunyai masalah seperti mengalami gastrik. Pelik kan, tapi betul. Pihak pengurusan akan mengasingkan penyu yang bermasalah seperti ini dan memberi rawatan yang sepatutnya. 
                    Selepas itu, kita akan menuju ke kawasan kolam. Di kolam ini yang kita boleh melihat penyu-penyu yang agak besar dan berlainan jenis.Terdapat 3 kolam yang berasingan. Ada juga sebuah kolam dimana kita boleh melihat beberapa ekor tuntung laut dijaga di sini. Kebanyakan penyu di sini diberi makanan seperti kubis dan timun. Oleh kerana penyu memerlukan air laut, pusat ini terletak di sebelah pantai. Cuaca di sini juga agak panas.

                    Di sini pihak pengurusan akan menjalankan program-program penetasan, pemuliharaan dan penyelidikan penyu. Selain itu, mereka juga akan menyediakan maklumat dan menjalankan aktiviti pendidikan serta kesedaran awam. Ia turut menjadi satu destinasi pelancong utama kepada orang ramai. Antara aktiviti yang biasa diadakan adalah penetasan penyu, pelepasan anak penyu, pemuliharaan penyu, pendidikan dan kesedaran awam serta penyelidikan tentang riwayat hidup penyu.

Apa Itu Penyu dan nak tahu punca kepupusan Penyu?






Penyu laut termasuk ke dalam kelompok reptilia yang mempunyai daerah jelajah yang sangat luas yang mendiami laut tropis dan subtropis di seluruh dunia. Penyu laut diperkirakan telah menghuni bumi ini lebih dari 100 juta tahun. Oleh kerana itu, penyu laut dikenali sebagai fosil hidup. Terdapat 7 spesies penyu di dunia iaitu Penyu hijau (Chelonia mydas), Penyu sisik (Eretmochelys imbricata), Penyu Kemp’s ridley (Lepidochelys kempi), Penyu lekang (Lepidochelys olivacea), Penyu belimbing (Dermochelys coriacea), Penyu pipih (Natator depressus) dan Penyu tempayan (Caretta caretta).
Penyu laut telah mengalami penurunan yang dramatis dalam jumlah populasi dalam jangka waktu terakhir ini. Bahkan beberapa spesies terancam kemusnahan dalam waktu yang dekat. Di alam, penyu-penyu yang baru menetas menghadapi ancaman kematian dari haiwan-haiwan seperti kepiting, burung, dan reptilia lainnya seperti biawak. Pembangunan daerah pesisir yang berlebihan telah mengurangi habitat penyu untuk bersarang. Penangkapan penyu untuk diambil telur, daging, kulit, dan cengkerangnya telah membuat populasi penyu berkurang. Di beberapa negara, penduduk masih mengambil telur penyu untuk digunakan. Telur-telur itu dapat ditemui di pasar.
Di Indonesia, daerah Bali, penyu hijau termasuk penyu yang dimanfaatkan secara berlebihan oleh para penduduk. Mereka dibunuh untuk diambil dagingnya. Selain itu, mereka menggunakan penyu dalam upacara-upacara adat mereka. Ribuan penyu telah terbunuh untuk memenuhi permintaan pasar di Bali. Begitu juga halnya di Australia, penyu hijau diburu untuk diambil dagingnya dan dijadikan sumber pendapatan. Tidak jauh bezanya di Malaysia, pengutipan telur secara haram, penggunaan peralatan perikanan yang boleh memudaratkan penyu sama ada memusnahkan habitat atau tempat makan penyu, pencemaran serta pembangunan pantai dan aktiviti pelancongan yang di luar kawal telah menyebabkan penyu mati dan mengurangkan pendaratan penyu di pantai.
Begitulah dramatisnya ancaman yang melanda spesies penyu. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti manusia merupakan penyumbang terbesar kepada penurunan populasi penyu. Manusia sebagai makhluk yang berakal haruslah menggunakan akalnya dengan rasional dan bijak dalam menangani pelbagai masalah lebih-lebih lagi masalah yang timbul daripada tangan sendiri. Dengan kata lain, tragedi penyu hampir pupus adalah disebabkan sebahagian aktiviti manusia, maka manusia merupakan badan yang paling bertanggungjawab mencari jalan penyelesaiannya.
Penyu sebagai makhluk Tuhan berhak dipelihara dan dilindungi daripada sebarang ancaman. Hadis Nabi s.a.w bermaksud setiap amal kebajikan yang dilakukan terhadap makhluk selain daripada manusia akan diberi ganjaran pahala. Dapatlah disimpulkan bahawa flora dan fauna berhak dihormati dan dilindungi oleh manusia. Setiap amal kebajikan yang dilakukan terhadap makhluk-makhluk Tuhan akan dibalas dengan pahala di sisi Tuhan Justeru, kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi menghalang penurunan populasi penyu semakin parah.
Kebelakangan ini, manusia begitu sibuk mengagungkan hak-hak mereka, tetapi terlupa akan hak-hak flora dan fauna yang semakin terdesak. Amat menyedihkan. Hakikatnya, manusia mempunyai kedudukan yang tertinggi berbanding makhluk-makhluk lain dunia ini. Apakah yang membezakan antara manusia dan makhluk-makhluk lain? Mudah sekali, sudah tentulah kerana status akal yang dimiliki manusia yang begitu tinggi nilainya. Namun sayang, manusia tidak menggunakan anugerah Yang Maha Agung itu dengan bijaksana malah merosakkannya. 
Dari surah Al-Ahzab ayat 72 bermaksud “ Sesunguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikulllah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
Berdasarkan ayat tersebut makhluk-makhluk lain tidak sanggup memikul tanggungjawab untuk memelihara dan mengawasi alam ini. Manusia telah diberi amanah untuk melaksanakan tugas-tugas agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuklah penjagaan alam sekitar yang merangkumi tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dunia ini. Melihatkan fenomena yang berlaku terhadap penyu pada abad ini, gerak kerja ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan spesies haiwan tersebut mestilah diusahakan dalam menyahut tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t. perlu ditekankan di sini bahawa usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna adalah satu kewajipan umat Islam sama ada individu ataupun masyarakat.
Berdasarkan surah Al-Ahzab tadi ia juga menggambarkan sikap manusia yang zalim dan bodoh dalam memerintah dunia ini. Menyedarkan hakikat ini, manusia haruslah sedar akan tanggungjawab sebenar mereka dalam mentadbir dunia ini. Mengubah sesuatu daripada yang buruk kepada yang baik itu adalah satu amanah.
Di Australia, Mon Repos Conservation Park merupakan tempat pelancongan yang membolehkan para pengunjung melihat penyu (turtle-based tourism). Ia terletak di pantai kota kecil di Bargara bahagian utara Queensland berhampiran Bundaberg. Mon Repos Conservation diuruskan oleh Queensland Parks and Wildlife Service (QPWS). Para pengunjung dibawa ke tepi pantai pada waktu malam untuk melihat penyu dibawah pengawasan renjer-renjer QPWS.Setiap kumpulan tidak melebihi 70 orang. Penggunaan lampu suluh dilarang sama sekali dan pengunjung sentiasa dibimbing bagi mengelakkan kesan buruk terhadap penyu-penyu tersebut. Kakitangan QPWS akan menerangkan proses penyu bertelur, penyampaian audio-visual tentang cara penetasan telur penyu, sejarah penyu, biologi dan evolusi, kajian penyu laut dan masalah-masalah pemeliharaan penyu.
Apa yang dibawakan oleh Mon Repos Conservation Park ialah pusat pelancongan penyu yang memberi faedah ekonomi negara dan pada masa yang sama mendidik manusia memelihara penyu daripada kemusnahan. Malaysia patut mencontohi Australia dalam pendekatan ke arah baik pulih populasi penyu malah dapat meningkatkan taraf ekonomi negara dalam sektor pelancongan. Negeri Terengganu merupakan satu contoh dalam hal ini. Berbicara dari segi konteks negeri Terengganu khasnya, penyu haruslah dilindungi dek penangannya yang begitu harum di persada Terengganu. Penyu merupakan simbol kebanggaan rakyat tempatan apabila beribu-ribu ekor penyu menetas dari sarangnya. Penyu merupakan simbolik haiwan yang begitu sinonim dengan negeri Terengganu Darul Iman. Apa yang paling menyedihkan sekarang ialah, spesis penyu hampir pupus sekaligus memudarkan keindahan sejarah kegemilangan penyu di Terengganu. 
Masyarakat haruslah tidak menggunakan barang-barang yang diperbuat daripada cengkerang penyu seperti bingkai kacamata, tidak membeli makanan yang berasal daripada penyu, tidak membuang sampah plastik dan benda-benda lain yang berbahaya ke dalam laut. Penyu mungkin tersalah menganggap plastik sebagai makanan mereka iaitu obor-obor sehingga menyebabkan sakit atau kematian penyu yang memakannya. Masyarakat juga hendaklah mengelakkan daripada mengganggu penyu yang sedang bertelur kerana mereka dapat menghentikan proses bertelur apabila merasa terancam, tidak mengambil telur-telur penyu kerana akan menghancurkan populasi mereka, menjaga kesihatan terumbu karang yang merupakan tempat makan dan tempat tinggal yang baik untuk penyu serta turut mendukung program pemeliharaan dan pemuliharaan penyu laut.

Seperti yang kita semua ketahui, di Malaysia, jika dikatakan penyu saya pasti semua akan menyebut Terengganu. Hal ini kerana Terengganu merupakan satu tempat dimana terdapatnya spesis penyu secara besar-besaran. Tetapi kini, untuk menukarkan persepsi kita semua, saya telah menemui sebuah tempat yang lain untuk dikatakan di sini pun kita boleh jumpa penyu. Adakah anda teringin untuk mengetahui tempat itu? Jika ya, jom ikuti kajian saya.

Thursday, 2 April 2015

Intro

 Hi semue...

Saya salah seorang daripada pelajar Sejarah yang masih menuntut di IPG paling hujung di Utara...Guess what..

Sebenarnya, sem ni saye ade ambik paper penulisan sejarah, dan kami diwajibkan untuk membuat penulisan tentang sesuatu yang baru la kan...seems that, saye nie orang Perak, saye cari la tempat-tempat dekat Perak, so that i can fullfill my task easily...then tibe-tibe saye terjumpe la satu tempat yang agak baru untuk saye....so saye ingat korang pun xtau la sangat tentang tempat ni. Dan mase saye buat kajian sikit tentang tempat ni, saye dpt tau banyak bende...dan faktor-faktor tempat ni wujud dan sebagainya.
Mesti semue tertanye-tanye tentang tajuk yang saye bagi utk blog ni kan..kalau ye, jom follow saye....







Sebenarnye saye nak bagitau nie, yang kat negeri Perak pun kita boleh tengok penyu. Kalo sebut je Penyu mesti semua dah ready dgn perkataan TERENGGANU,,,saye cuma nak tukar pendapat korang semua yang Perak pun ade penyu, dan lepas nie harap semua x la selalu sebut Terengganu je kalau nk ckp pasal penyu...boleh x?





Kenapa yang agaknye kita mesti jaga penyu kat negara kita nie dan apa yang sebenarnya tengah jadi dengan penyu-penyu dekat negara kita ni dan apa kaitan dengan tajuk yang saye pilih dengan tempat dan penulisan yang saye buat ni....jom we get to know sikit ye...