Penyu laut termasuk ke dalam kelompok reptilia yang mempunyai daerah jelajah yang sangat luas yang mendiami laut tropis dan subtropis di seluruh dunia. Penyu laut diperkirakan telah menghuni bumi ini lebih dari 100 juta tahun. Oleh kerana itu, penyu laut dikenali sebagai fosil hidup. Terdapat 7 spesies penyu di dunia iaitu Penyu hijau (Chelonia mydas), Penyu sisik (Eretmochelys imbricata), Penyu Kemp’s ridley (Lepidochelys kempi), Penyu lekang (Lepidochelys olivacea), Penyu belimbing (Dermochelys coriacea), Penyu pipih (Natator depressus) dan Penyu tempayan (Caretta caretta).
Di Indonesia, daerah Bali,
penyu hijau termasuk penyu yang dimanfaatkan secara berlebihan oleh para
penduduk. Mereka dibunuh untuk diambil dagingnya. Selain itu, mereka menggunakan
penyu dalam upacara-upacara adat mereka. Ribuan penyu telah terbunuh untuk
memenuhi permintaan pasar di Bali. Begitu juga halnya di Australia, penyu hijau
diburu untuk diambil dagingnya dan dijadikan sumber pendapatan. Tidak jauh
bezanya di Malaysia, pengutipan telur secara haram, penggunaan peralatan
perikanan yang boleh memudaratkan penyu sama ada memusnahkan habitat atau
tempat makan penyu, pencemaran serta pembangunan pantai dan aktiviti
pelancongan yang di luar kawal telah menyebabkan penyu mati dan mengurangkan
pendaratan penyu di pantai.
Penyu sebagai makhluk Tuhan
berhak dipelihara dan dilindungi daripada sebarang ancaman. Hadis Nabi s.a.w
bermaksud setiap amal kebajikan yang dilakukan terhadap makhluk selain daripada
manusia akan diberi ganjaran pahala. Dapatlah disimpulkan bahawa flora dan
fauna berhak dihormati dan dilindungi oleh manusia. Setiap amal kebajikan yang
dilakukan terhadap makhluk-makhluk Tuhan akan dibalas dengan pahala di sisi
Tuhan Justeru, kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi menghalang penurunan
populasi penyu semakin parah.
Kebelakangan ini, manusia
begitu sibuk mengagungkan hak-hak mereka, tetapi terlupa akan hak-hak flora dan
fauna yang semakin terdesak. Amat menyedihkan. Hakikatnya, manusia mempunyai
kedudukan yang tertinggi berbanding makhluk-makhluk lain dunia ini. Apakah yang
membezakan antara manusia dan makhluk-makhluk lain? Mudah sekali, sudah
tentulah kerana status akal yang dimiliki manusia yang begitu tinggi nilainya. Namun
sayang, manusia tidak menggunakan anugerah Yang Maha Agung itu dengan bijaksana
malah merosakkannya.
Dari
surah Al-Ahzab ayat 72 bermaksud “ Sesunguhnya Kami telah mengemukakan amanat
kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul
amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikulllah amanat itu
oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
Berdasarkan surah Al-Ahzab
tadi ia juga menggambarkan sikap manusia yang zalim dan bodoh dalam memerintah
dunia ini. Menyedarkan hakikat ini, manusia haruslah sedar akan tanggungjawab
sebenar mereka dalam mentadbir dunia ini. Mengubah sesuatu daripada yang buruk
kepada yang baik itu adalah satu amanah.
Di Australia, Mon Repos
Conservation Park merupakan tempat pelancongan yang membolehkan para pengunjung
melihat penyu (turtle-based tourism). Ia terletak di pantai kota kecil di
Bargara bahagian utara Queensland berhampiran Bundaberg. Mon Repos Conservation
diuruskan oleh Queensland Parks and Wildlife Service (QPWS). Para pengunjung
dibawa ke tepi pantai pada waktu malam untuk melihat penyu dibawah pengawasan
renjer-renjer QPWS.Setiap kumpulan tidak melebihi 70 orang. Penggunaan lampu
suluh dilarang sama sekali dan pengunjung sentiasa dibimbing bagi mengelakkan
kesan buruk terhadap penyu-penyu tersebut. Kakitangan QPWS akan menerangkan
proses penyu bertelur, penyampaian audio-visual tentang cara penetasan telur
penyu, sejarah penyu, biologi dan evolusi, kajian penyu laut dan
masalah-masalah pemeliharaan penyu.
Masyarakat haruslah tidak
menggunakan barang-barang yang diperbuat daripada cengkerang penyu seperti
bingkai kacamata, tidak membeli makanan yang berasal daripada penyu, tidak
membuang sampah plastik dan benda-benda lain yang berbahaya ke dalam laut.
Penyu mungkin tersalah menganggap plastik sebagai makanan mereka iaitu
obor-obor sehingga menyebabkan sakit atau kematian penyu yang memakannya.
Masyarakat juga hendaklah mengelakkan daripada mengganggu penyu yang sedang bertelur
kerana mereka dapat menghentikan proses bertelur apabila merasa terancam, tidak
mengambil telur-telur penyu kerana akan menghancurkan populasi mereka, menjaga
kesihatan terumbu karang yang merupakan tempat makan dan tempat tinggal yang
baik untuk penyu serta turut mendukung program pemeliharaan dan pemuliharaan
penyu laut.
Seperti yang kita semua
ketahui, di Malaysia, jika dikatakan penyu saya pasti semua akan menyebut
Terengganu. Hal ini kerana Terengganu merupakan satu tempat dimana terdapatnya
spesis penyu secara besar-besaran. Tetapi kini, untuk menukarkan persepsi kita
semua, saya telah menemui sebuah tempat yang lain untuk dikatakan di sini pun
kita boleh jumpa penyu. Adakah anda teringin untuk mengetahui tempat itu? Jika
ya, jom ikuti kajian saya.
No comments:
Post a Comment